Wednesday, December 8, 2010

macam-macam dunia ni :)

assalamualaikum :) dude, all ! HAHA i have another great journey yang nak di-share dengan korang :D.
javascript:void(0)

di pagi khamis, jam dinding telah menunjukkan pukul 4.44 a.m after sudah puas menggila with my BFF, Marisha Khadzin and Nurul Afiqah (apple). saya semakin boring ketika itu. yela semua orang dah tidur, yang online pun dua tiga orang je. tu pun tak berapa kenal HAHA. so saya mengambil alat permainan ku. my lovely guitar :). ouh dia sangat cantik ! HAHA, lalu aku memetik tali-talinya. aku rasa sangat tenang. kemudian aku pun bermain lagu "count on me-bruno mars" aku rasa sedih dan hapy. susah nak cerita. sambil ku main lagu itu, serta menghayatinya. aku sangat terharu. teringat kisah aku, dia dan mereka. iaitu kawan-kawan ku. lalu aku pun post kepada semua kawan aku. tapi ada juga kawan aku yang tak dapat sorry la kawan :). after sudah post. aku memetik guitar ku semula, aku main lagu "cinta gila-grey sky morning" HAHA. aku rasa happy lagi sekali :) aku terus bermain :D. tiba-tiba, kedengaran bunyi azan. aku terus pandang ke arah jam. dan berasa sangat sekejap. kerana sudah mnunjukkan 5.40 a.m. aku naik ke atas dan terus solat subuh. selepas selesai solat. aku turun bawah, menonton television. menonton cerita yang bertajuk "jangan nangis" HAHA. cerita itu sangat lawak. malahan pelakonnya yang aku tak pernah nampak. pelik-pelik je manusia nie. selesai sahaja menonton cerita itu, aku melihat ke arah jam semula. jam menunjukkan pukul 7.00 a.m. aku bergegas ke atas dan ambil segala barang keperluan ku untuk pergi berjoging. jyeah ! aku tatau kenapa semenjak cuti ni aku sering pergi berjoging diwaktu pagi. apabila aku berjoging aku rasa sangat tenang :) ia seperti aku berada didalam khayalan aku sendiri. lalu aku pun keluar rumah dan terus menuju ke destinasi aku, iaitu Taman Rakyat. disitulah tempat aku berjoging :D aku terus bersenam apabila sampai di sana. lalu aku bercadang hanya ingin mengambil 1 pusingan sahaja dan ingin berjoging satu Taman Sri Andalas. yeah, disitulah pengalaman aku bermula. selepas tamat 1 pusingan aku terus keluar dan berjoging menghala ke rumah syida. aku berharap agar dia ada di luar, mungkin aku boleh jumpa dia HAHA, saje nak show off pagi-pagi. then aku pun teruskan niat aku. tapi aku tengok rumah dia gelap je. HAHA so aku pun go on jela tiada tempat yang hendak aku tuju. tiba-tiba, sampai di suatu selekoh itu. aku telah di maki oleh seekor anjing. aku pun bajet berani, dan cuba buat tak tahu. lalu anjing itu berlari ke arah aku, aku pun takut lalu langkah seribu HAHA ! serious tak penat. aku main lari je. asalkan anjing tu tak dapat tangkap aku. :) nasib aku baik. anjing itu hilang dari pandanganku. sedar sahaja aku sebenarnya telah menuju ke arah rumah Hazirah Zulkifli. wahh aku cakap dalam hati, "rumah dekat sini semua besar, haish aku akan dapat macamni bila aku besar nanti!" lalu aku teruskan larian aku. ouh aku lupa, semasa depan rumah Hazirah, aku terserempak dengan seorang lelaki ini. aku rasa seperti mengenalinya. tetapi aku tidak pasti, walau apapun aku tetap memberikan senyuman aku yang comel itu :) dia pun membalas. lalu aku teruskan larian aku, kini aku menghala ke arah SMK taman sri andalas. wahh banyak sungguh kereta disana, ibubapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah untuk mengambil ujian SPM. aku pun berdoa dalam hati, bagilah mereka dapat menjawab. selepas itu, aku terfikir untuk berjoging ke arah rumah kawan lama aku, ataupun admire first aku HAHA Farhana binti Ali. aku pun teruskan dengan niat aku. semasa dalam perjalanan. aku terlihat ada seorang lelaki ini membawa kereta. keretanya tiada hebat mana, tetapi bunyi ekzos dia. memang sangat kuat, dia menekan minyak nya serta membunyikan ekzosnya seperti ingin mengejut semua orang untuk bangun sahur. lalu aku pun biarkan ia pergi, dan teruskan perjalanan aku. tiba sahaja didepan rumah ana, aku mula perlahan kan langkah. yela manala tahu, jumpa dia ke or kakak dia ke :) lama gila tak jumpa almost 3 years :) so miss la jugak :). tapi perasaan aku berasa hiba, apabila melihat rumahnya yang berkunci dan seperti tiada orang. aku pun teruskanlah perjalanan aku. kali ini aku pasang niat untuk menuju ke rumah Hanif kawan lama aku semasa berada di bangku sekolah rendah. di Bestfriend aku. tapi sekarang nie aku tak tahu apa dah jadi dengan dia, sebab sudah 3 tahun tidak jumpa. mungkin dia semakin kacak, atau handsome. atau mungkin dia menjadi seperti ahli ulama'. lalu aku pun keep jog, untill aku sampai depan rumah dia. aku berasa kecewa semula. kerana rumahnya juga seperti tiada orang. aku berfikir, dimana mereka semua ni ? masih belum bangun kah ? haish. kemudian aku pun ingin teruskan perjalanan aku, aku rasa sudah tiba waktunya untuk pulang. aku melihat jam di handphone aku. waktu sudah menunjukkan pukul 8.00 a.m. wahh sudah hampir 1 jam dan aku masih tidak berhenti aku rasa pelik, tetapi aku keep on jog. kemudian, semasa dalam perjalanan aku, ada seekor kucing ni. dia sergah ke arah aku aku terkejut lalu lari dengan pantas kerana aku takut akan terjadi seperti anjing tadi. kemudian aku berhenti seketika, aku pandang ke belakang dan mendapat tahu bahawa ia hanyalah seekor kucing :) aku pun ketawa sorang-sorang sambil berkata "macam-macam dunia nie HAHA". ouh yaa ! lupa pula, sepanjang aku ber joging, aku memasang lagu di handphone aku.HAHA semasa aku ingin balik lagu yiruma telah dimainkan yang bertajuk "do you" aku rasa bersemangat seketika, lalu teruskan perjalanan aku. semasa dalam perjalanan pulang, aku terdengar seperti orang membaca doa. lalu perhatian aku tertarik ke arahnya. rupa-rupanya ada sebuah keluarga india sedang buat upacara apa aku tidak tahu. tetapi aku rasa seperti ingin masuk ke rumah baru. yeah, aku ketawa sorang-sorang lagi dan berkata "HAHA, macam-macam je lah dunia ni" lalu aku senyum. aku tidak berani pandang lama-lama ke arah upacara itu, takut-takut aku dikatakan pengacau. lalu aku pun buat tidak tahu. dan terus pulang. dalam perjalanan pada masa itu, aku terlihat segerombolan mat rempit. aku berkata kepada diriku, "Hairil kau janganlah jadi macam diorang, sesungguhnya bodoh lah engkau jika kau mengikuti mereka" aku pun biarkan sahaja mereka bersama kenderaan 2 tayar mereka. ouh apabila sampai didepan pagar rumah aku, aku senyum. aku berkata dalam hati, "banyak pengalaman kau hari nie hairil, ambik dan buat sebagai iktibar" rupa-rupanya masyarakat kita nie lain semuanya. ouh yaa ! aku sampai dirumah tepat pukul 8.40 :)


                                                                                                   SEKIAN :D

No comments:

Post a Comment