Friday, November 26, 2010

janganlah sia-siakan apa yang diberi

APPLE <3

assalamualaikum, buah ini merupakan antara nikmat ALLAH. buah ini merupakan ciptaannya. janganlah sesekali kita menmbazirkannya. sesungguhnya pembaziran itu amalan syaitan. saya pernah dapat buah ini. saya terlalu sayangkan buah ini, saya buta ketika itu. saya tidak sedar yang sebenarnya semakin saya sayang semakin saya simpan, ia semakin rosak.  disebabkan terlalu sayangkan buah ini, aku telah meminta simpati dengannya. tetapi aku minta simpati melalui penipuan. sungguh bodohnya aku pada masa itu. aku juga pentingkan diri aku sahaja. langsung tidak fikir pasal buah itu. tetatpi apa yang aku buat, aku terus berharap agar buah itu elok semula. pada mulanya aku rasa harapan aku tercapai. tetapi buah itu berkata, aku sudah tidak perlu tuan seperti kau. kau tidak pandai menjaga ku. aku sangat terkejut dan kecewa. aku rasa bahawa aku sangat bodoh. kemudian aku fikir sbentar sambil menangis, aku berkata kepada diri ku. hairil, dia dah tak suka, lepaskan jela. kau sayang dia kan ? jadi berilah dia peluang. tetapi ! aku tidak sanggup, aku baru sahaja mendapat buah ini. aku terlalu sayangkan buah ini. tetapi, apakan daya, keputusannya masih sama. lalu aku pun berkata di dalam diriku semula. kau masih ada ALLAH, dia lebih hebat daripada sebiji apple ini. DIA jugalah yang aku lebih sayangi dari segalanya. aku pun berfikir, dan terus berfikir. lalu aku rasa ALLAH memberi hidayah kepada ku. aku teringat kata ayah ku, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. aku bersyukur kepada mu ya ALLAH. jadi apa yang aku dapat dalam dugaan ini ialah, sesungguhnya cinta kepada ciptaan ALLAH tidak akan kekal. tetapi cinta akan ALLAH akan kekal selamanya

P/S: i love u apple. and always.

1 comment:

  1. terbaik bro:)
    mashaAllah
    aku menangis time baca ni. terima kasih:)

    ReplyDelete