"Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang, tuhan sekelian alam. sesungguhnya kami hanya manusia biasa. manusia yang penuh dengan kezaliman dan dosa. oleh itu ya ALLAH ampunilah kami, ampunilah kedua ibubapa kami, sahabat-sahabat kami serta seluruh umat di muka bumi ini. ya ALLAH ya RAHMAN ya RAHIM. sesungguhnya kami mempunyai banyak kelemahan ya ALLAH. jadi kami mohon supaya kau tetapkanlah iman dan amal kami serta tingkatkanlah iman dan amak kami, agar kami dapat menjadi hamba mu yang mulia. wahai Tuhan semesta alam, kami mohon kepada mu supaya letakkanlah kami dikalangan ahli syurga dan jauhkanlah dari azab api neraka ! sesungguhnya kami takut akan azab mu ya ALLAH. oleh itu, kami bermohon agar kau kembalikan kami kepada jalan yang di redhai oleh mu ya ALLAH. kami datang darimu, dan kami akan pulang ke pada mu juga dalam keadaan yang baik. ya ALLAH, ampunilah kami, jadikan lah kami seperti seorang bayi yang baru lahir. iaitu seperti kain yang sangat putih tanpa sebarang kotoran. kami berharapa agar KAU makbulkan doa kami ini"
amin
No comments:
Post a Comment