Friday, November 26, 2010

siapakah kita

Bismillah.. dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang. dengan disaksikan oleh malaikat mu, aku HAIRIL BIN NAHAR AZMI berjanji akan merubah hidupku ! segala kejahatan dalam diriku akan ku cuba untuk mengubahkannya. perlahan demi perlahan. marilah wahai kawanku, sahabat ku. marilah kita contoh budaya kaizen. KAIZEN merupakan budaya orang jepun, iaitu ambil perkara yang baik buang yang buruk, dan mecipta sesuatu yang baru. jadi marilah lihat diri kita. jangan menggunakan mata kepala, tetapi gunakan mata hati kita ! bagaimana nak tau mata hati kita berfungsi ? cuba jawan soalan ini :

1- kita bernafas sedut apa?
2-  untuk apa kita bernafas?
3-apa yang akan berlaku jika oxygen tiada?
4- adakah kita akan mati?

jikalau anda cakap YA ! AKAN MATI, maknanya anda salah, mata hati anda telah buta. mati atau hidup kita bergantung kepada ALLAH, jadi jika kita mahu hidup? apa yang kita perlukan ? oxygen atau ALLAH ? jawab dengan jujur. tetapi jikalau anda masih mengatakan kita hidup bergantung dengan oxygen kita salah. sesungguhnya, kepada ALLAH kita datang, dan kepadanya semula lah kita kembali. adakah anda semua ingin masuk ke syurga ? sudah tentu jawapannya ya betul kan? jadi jikalau mahu masuk ke syurga pa yang anda perlu? anda perlu ALLAH ! sebanyak mana pun amalan kita, pahala kita. jikalau ALLAH tidak mengizinkan kita masuk ke syurga, maka kita tidak akan dapat masuk ke syurganya. jadi apa yang kita perlu ialah mengenali ALLAH, DIA lah tuhan kita, DIA lah pencipta alam semesta dan DIA lah tuhan yang maha esa. apabila sudah kenal dia kenali lah pula diri kita. dari mana kita ? siapakah kita ? apa tujuan kita hidup di dunia ini ? dan yang paling penting apakah misi kita sebagai manusia ? persoalan itu semua akan terjawab apabila anda mengenali ALLAH. ini kerana, apabila sudah mengenalinya, maka kita harus mengikut perintahnya. dan ingat lah, bahawa cinta kita yang paling tinggi sekali ialah cinta kita kepada ALLAH. sesungguhnya itulah cinta yang abadi. sesungguhnya kita hanyalah hamba mu ya ALLAH.

No comments:

Post a Comment